Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

Jeti Penyabung - Teluk Godek - Air papan

Catatan utk 8 November 2009

Seperti juga tajuk entry ni, pada hari ahad kami pergi ke Mersing. Bertolak dalam jam 8.30 pagi dan sampai di lokasi pertama lebih kurang 12.45 tghari

Jeti Penyabung

Kawasan jeti penyabung ni terdiri dr 2 kawasan, kawasan pertama kawasan jeti yg mana pantai nya sgt rendah dan dekat dgn jalan utama, dan kemudahan chalet lebih senang di dapati, terutama chalet 3-4 star, kawasan kedua yg lebih redup, nyaman dan selesa, kedudukannya perlu melalui kawasan hutan kerana pantai ni berada di sebalik bukit, so time nk masuk kawasan kedua tu kami perlu melalu jalan yg sgt tak rata (kalau motor scramble lalu jalan2 hutan tanah merah mcm ni memang best la..)..walaupun agak mencabar laluan masuk tapi berbaloi..sbb walaupun pada waktu tghari mcm tu suasana sgt redup dan berangin di sebabkan keadaan pantai yg begitu hampir dgn hutan..time kami parking tu..kami park bawah pokok randang yg besar..sambil meghadap laut yg hanya beberapa meter..sgt best..!! sampai Bola bole tidor dgn lena dalam lebih kurang 1 jam.

Telok Godek

Telok Godek jaraknya dalam 30 minit perjalanan menaiki kereta dgn kelajuan sederhana. Even jalan masuk adalah jalan besar yg bertar, rumah paling hampir dgn kawasan pantai pun rasa jauh lagi, agak2 dalam 20 minit berjalan kaki. Kat area sini xde kemudahan sgt. Lampu jalan n lampu besar langsung takde. Seem kawasan ni mcm baru buka. Ade toilet tapi berkunci. Binaan kelihatan kukuh. Kawasan ni pun redup je. Laut dgn tepian pantai agak dekat tapi sbb skarang air tgh surut so xdapat nak agak keadaan sebenar mcm mane. Tapi pantai dia juga bersih n xde sampah yg tersadai. Not much can i say for this place. No attaraction point, also no bad point. Kat satu port bawah pokok yg redup nampak mcm ade kesan blerang. Mybe ade team camping baru saja pulang sebelum kami datang. Tapi suasana dia juga sgt nyaman dan peace.

Air Papan

Air papan ni kali kedua saya pergi.Sbb dlu pernah datang time Dyson Mini Family Day, So as a last place for today, and compare to the other place, Air Papan dalam range yg moderate. Not very good but not very bad at all. Air papan femes utk percutian sbb dia paling dekat dgn bandar Mersing, kemudahan chalet sgt bnyk, just pilih samaada mau yg dekat pantai, yg 5~3 stars, yg ade parking, yg sediakan sarapan, semua ada, Seri Malaysia pun ada tau, tapi tak besar mcm Seri Malaysia kat ayer keroh tu la..(mybe org kg tak nak jual tanah byk2 kat Seri Malaysia, thats y chalet perusahaan org kg lebih besar dr Seri Malaysia) ... Air Papan ni sebernarnya sebuah kawasan perkampungan yg telah di komersial kan. Bagi saya yg pernak pergi perkalan balak, suasana dan keadaan kat AIr Papan ni memang serupa. Kawasan laut dan pantai yg sangat luas seluas pandangan, pokok kelapa bnyk, ade kawasan meletak kereta berhampiran pantai. Very nice... Tapi, kenape saye letak range Air Papan ni dalam moderate/ average? Sbb haba dan cuaca... Di Air Papan ni, ada sesetengah kawasan kite bole rasa bahang panas laut. Ini disebabkan tak bnyak pokok yg besar dan rendang kat kawasan istirehat tepi pantai ni. Yg ada cuma pokok kelapa yg tinggi dan sederhana tinggi. So still can feel the windy air but you cannot sleep with that windy feeling. Yes, compare with those first place, Jeti Penyabung yang kawasan istirehat dia sgt hampir dgn pantai. Can you imagine a forest near a beach? yeah that what it is..!!

SO, as a conclusion, next trip yg memerlukan tido selama 1~2 malam, saye mesti pilih Penyabung sebagai destinasi. Suasana yg sangat tenang dan nyaman, haba dan cuaca pun tak berapa panas dan kemudahan juga still at comfortable range.

Thanks Honey..!!

pic ini adalah selepas membuat aksi muncung panjang, malangnye di sebabkan bengan aku dgn selambe men'delete' kan gambar aku tgh muncung tu dr kamera Bola..(mengamuk la encik bola sekejap) so ini cast selepas penat buat muncung panjang..haha

ini cast last kopek..selepas aku mengamuk2 nk tgkap gamba bedua..so en Bola benti jugak la singgah kat air papan ber posing sekejap. sbb kami bedua je so kami tgkap gambar kami sendiri..chewah..oh yer..sile abaikan tugu hitam berbaju merah itew..dia memang suke posing muka poyo..sila anggap aku bergambar seorang didalam pic ini..har har


entah bila saya dapat pergi bercuti lagi...
asyik memikirkan hal org lain..
tanpa kesian kat diri sendiri..
T_T

Monday, August 10, 2009

hari miggu di air papan


pada sabtu lepas team dyson organize family day yg tak official di air papan, mersing, johor. Kami bertolak pada sabtu pagi dan berkumpul di hutan panti jam 10 pagi. lebih kurang 15 buah kereta menyertai konvoi yang kebanyakannya adalah family dan pasangan 'tutttt'. aku drive dengan ditemani pasangan aku iaitu Supiah..ktorg pergi berdua..so kira pasangan la jugak..then dalam jam 11.15 kami semua selamat sampai dia air papan. ada sedikit delay sbb bnyk lori yang menyetai konvoi kami secara tidak langsung dan menyebabkan ade beberapa kereta tertinggal di belakang.

8 ogos 2009 jam 11.00 pagi
sampai je kat pantai teruk park kereta di chalet yang berhampiran. semasa mencari lokasi park kereta yang sesuai penting sekali, pastikan tiada buah kelapa tua yg bersedia utk jatuh..hahaha..time nk park kereta tu masing2 dok melagut tgk pokok kelapa..mana la tau ada yang tak kene time nya...

8 ogos 2009 jam 1.00 ptg
selesai check in chalet dan acara makan2 kami yang single ini pun dok melepak2 ja di dalam chalet sambil melepaskan keletihan dan lelah kekenyangan tatkala menikmati nasi ayam special dr senai yang didatangkan khas dr Mr Yot kite...acara pertama pembuka tirai tentulah 'mencuba' kemudahan di dalam chalet yang di sediakan terutamanya tilam nan tak berapa nak empuk dan hot bath sambil menggigil kesejukan...dan kebetulannye pulak tepat jam 3 petang hujan turun dengan lebattttttttt sgt...then kami pun sambung beradu sehingga jam 4.30...so acara memasak goreng pisang bergotong royong terpaksa ditangguh buat sementara waktu

8 ogos 2009 jam 6.00 ptg
kedengaran ombak memanggil-manggil pada petang itu..sayup sekali...'maazaaa...ssuuuu...jomlaaa mandi lautt..' cik Su kite yang dah terpanggil utk ke pantai..tepat jam 6 ptg ktorng ape lagi..terus terjun dalam laut..tinggallah cik Gee kite yang ter'kene' goreng karipap gara2 juadah ptg itu tak ckup..

8 ogos 2009 jam 8.00 mlm
malam acara barbeque, cabutan bertuah, dan game..mcm biasa la..makanan macam2 ada..hadiah pulak hamper yang juga isi nya makanan dan jajan..sesi karaoke pun tak kurang menarik apabila pasangan yang dah berkahwin dalam dyson ni turun menyumbang2 suara bagi menghiburkan hadirin..suara memang tak boleh lawan Datuk siti tapi aku respek la kat diorang yang sudi menyanyi sbb aku memang FFFaillll apabila suruh ber'karok'. Sesi malam ni di tamatkan dengan acara mengemas dan mencuci periuk/kuali/bekas kotor di samping sedikit selingan dari sahabat2 Dyson yang cuba utk menyanyi tanpa follow tune...hemm menarik bukan???

9 ogos 2009 jam 6.30 pagi
huhu kene bangun awal utk sediakan sarapan...kenapa haruss akuu???!!!!...ops...salah..hentam sajalah..tugas memasak di beri kepada suri rumah yang pakar..aku sebagai yang kurang pakar just menyertai acara sapu butter and jem blueberry di atas roti...aku pelik dan hairan..kenape Anep kate roti itu sedap dan rase macam waffle...sungguh mengkonfiuskan...tapi aku hargai pujian itu..sbb aku pun rasa roti itu sedap..hehehehe...selain roti yang ala2 waffle ada juga sajian lain seperti nasi impit kuah sup, bihun goreng, udang barbeque semalam yang tak habis, dan juga air teh panas. yummmy..!!

9 ogos 2009 jam 8.45
haha tapi ada yang lebih yummy..Cik Su dah beberapa kali mengonfemkan aktiviti yang terdelay sejak dr subuh tadi iaitu mandi manda di laut SEKALI LAGI..haha sbb plan asal ktorng nk pergi mandi laut selepas subuh dalam jam 7 gitu tapi tertangguh gara2 kene bagun masak juadah sarapan pulak...aku dn byk kali cerita betapa ke'best' tan nye mandi dalam jam 7 dan seterusnya itu sbb time2 macam ni air sejuk..macam mandi air sungai...selain itu cuaca juga sgt menarik kerana angin yang sepoi2 bahasa dan tidak panas terik langsung...so kat sini kite dah mengurangkan peratus tinted yang bakal diserap oleh kulit kita atau dalam kata lain..jumlah snar UV yang diterima oleh kulit..

9 ogos 2009 jam 11.00
huh diam tak diam..dua jam jugak kami berdua berendam...di saat2 kecemasan minit terakhir tu Cik Lin yang juga 'ehem' Meet uncle Hussin kite datang dengan slow motion nye sbb nk join ktorang mandi..
~~~~~haha sorila Lin..ko datang lambat aaaa...tadi pagi ktorang ajak awal2 tanak...
~~~~~lerr..ko ni Lin..pi la mandi kat sana..sini tade org jaga..kang ko tenggelam kang..ktorng tamo jaga..ktorng nak naik dah ni....
~~~~~ala korang jgn la gitu..teman la kejap..jap je..10minit je...
~~~~~laaa..ko tgk sana tu...Halim dgn tunang dia Diana, lek je..Izir dgn wife dia tu ok je..ko pi la..
~~~~~ala tamo...aku malu la..tggu la kejap..
huh acara pujuk2 memujuk pun berlaku jua di situ...akhirnya jam 11.15 ktorng naik juga ke darat..tangan aku dan kecut2 ni..sejuk woo dalam ayaq laut tu..tp kat luat bahang wei..

9 ogos 2009 jam 12.00
selepas bersiap dan mengemas barang semua..aku dan Cik su meminta izin Taufik utk pulang...kalau lambat lagi mungkin kami kene basuh periuk pulak..dammnn...cuti apakah iniii? kene buat kerja rumah pulak...huhu...semalam dah goreng tolong goreng pisang dahla..aku mengomel sensorang..Cik Su pun turut menyampuk..'huhu dah pakai cantik2 ni takan nk basuh periuk...jahat la si Topek ni..tadi tamo inform nk mintak tolong..'..haha xpela Su..jom kite cabut...hehe so ktorang pun bergerak keluar dari air papan menuju ke mana2 persinggahan utk di beli ole2. First ktorng benti kat tempat jual kropok lekor dan kropok goreng. kat sini bahan dia memang original. n kalau teringin nak belajar cara2 menguli tepung utrk dibuat kropok pun ada..tp ktorng pn tak berhenti lama..just shoping ala kadar yang mana jumlah perbelanjaan ku pun cuma Rm 10..menarik!!.. then ktorng pergi makan tghari di oinggir bandar mersing dekat dgn kawasan org mengambil ferei ke pulau tioman dan pulau2 lain..hurmm menarik..lokasi pertama utk berbulan madu nnt...'wei maza, ko amek la mana2 broshour yang ade pakej..nnt nk honeymoon boleh plan nk pegi mana2 ka...' pehhhh Cik SU ooit...dia yang dh terikat kita pulak sibuk suh plan nk pegi honeymoon..gilo ko po..haha nnt la...blm pk lagi la destinasi percutian seterusnya selepas air papan ni..maybe berehat dulu sambil menikmati bulan ramadan ni mungkin..

9 ogos 2009 jam 2.00
wow..selepas makan dan melawat gerai2 di bazar pelancongan kat tepi pelabuhan tu..[habis la jugak RM40 utk baju 2 helai dan sedikit savounier] kami pun bergerak pulang dengan harapan..perjalanan akan lancar pada petang ini dengan di sertai sedikit hujan bagi mengurangkan kepanasan dan bahang tengah hari.

9 ogos 2009 jam 4.30
aku sampai di kediaman Cik Su utk menurunkan penumpang..then aku pun pulang ke rumah..dengan harapan Abang Botak [atau lebih di kenali dgn Bola dikalangan Rye dan Geje]....akan datang ke rumah pada petang ini untuk melawat aku yang kerinduan ini...cheewahhh..!!!


'life so short, make it sweet'

Tuesday, July 21, 2009

quick list

vjust some quick list for me and my reader..hehe

last 2 week i succesfully went to manjung for mardhiah weeding ceremony..yeah after plan plan plan and miss my other friends weeding (fadz, wani, dayah, shila) than finally i make it this time..sooo glad..

at my way back i went throught teluk intan and gues what..!! a group of mini cooper was on their convoi..yeah..!! my fav car..(i upload the pic later..hehe)

and after teluk intan we enter plus higway at rawang..haha so there's a long journey from teluk intan until rawang..and alot of time for us to dating...haha..

i'll continue the detail of journey tonight orait.!!

senyumanmu satu azimat, buat diriku yang hina