Hari ni saya cuti, nk bawak Muiz cucuk 6 bulan.
Hari ni saya berjaya pegang Muiz tanpa dibantu sesiapa semasa nurse cucuk Muiz.
Saya bertambah cekal nampaknya..!!
fyi: Selalunya daddy Muiz yg akan pegang Muiz sbb saya tak cukup cekal
melihat anak sendiri di cucuk, dan Muiz suka meronta-ronta bila tak
selesa ada org pegang.
Ok, sebelum Muiz kena cucuk, seperti biasa lah berbual dgn nurse tentang perkembangan Muiz,
1. Muiz dah pandai meniarap tapi gerak mengundur
2. Muiz marah/nangis bila permainan kena ambil
3. Muiz kenal suara penjaga
Sebab Muiz dah 6 bulan, nurse pun menerangkan tentang pemakanan Muiz
1. Muiz dah boleh makan nasi, tapi kena blender
2. Setiap serving kena campur dgn sesudu kecil minyak makan bg membantu penghadaman
3. Minggu pertama / 5 hari pertama, ulang menu yg sama utk membiasakan lidah bayi
4. Umur di bawah9 bulan adalah tidak digalakkan menambah sebarang perasa di dalam serving.
Cth:garam/kicap
5.Bagi memudahkan prosess, blender semua bahan makan weekend, simpan dalam bekas utk setiap satu hari punya serving
Cth: Kotak A, Kotak B dan Kotak C mengandungi nasi,ayam,sayur dah siap
blender (disimpan secara berasingan setiap satu. Cth: bekas yg ada
pengasingan bahagian)
bukannya:
Kotak A utk nasi, Kotak B utk sayur, Kotak C utk ayam,
sebab?
Alasan 1: Setiap kali serving kita akan buka dan tutup bekas
penyimpanan, cara kedua akan menjadikan makanan bayi terdedah kepada
udara dan haba lebih kerap
Alasan 2 : Memudahkan penjaga. Ibu akan membekalkan penjaga dgn satu
bekas setiap hari yg mengandungi cukup nutrien utk baby, berbanding 3
bekas besar yg mengandungi bekal utk 5 hari bekerja.
Ok, nampak remeh kan? Setiap hari nk kena cuci bekas dan sediakan macam-macam.
Logiknya, tugas penjaga ialah menjaga baby, bukan menjaga makanan baby
atau tolong simpan makanan baby, jadi sebagai ibu kita kena sediakan
bekal setiap hari, bukan cuma tanya pada penjaga > 'akak, makanan
anak saya ada lagi?
Ok, kalau ada tambahan nanti saya amend entry ni
Nite.!

No comments:
Post a Comment